0

KEHEBATAN WUDUK

Seumur hidup kita, pernahkah kita bermudah-mudah, bersikap sambil lewa
atau tergesa-gesa ketika berwuduk, walaupun sekali? Adakah waktu itu
kita merasakan wuduk itu tidak sepenting sembahyang?Walaupun
diketahui umum, wuduk yang tidak sempurna akan merosakkan sembahyang
itu sendiri, tetapi tanpa disedari, kadangkala berlaku juga situasi
sedemikian. Wuduk adalah muqadidmah kepada sembahyang. Sebab itu
Sayidina Abu Bakar atau Sayidina Umar kelihatan pucat mukanya atau
menggiggil ketika mengambil wuduk lagi, kerana mereka sedar sebentar
lagi mereka akan menghadap Allah, Tuhan sekalian alam.Rukun WudukWuduk jadi sempurna, kerana sempurna rukunnya. Rukun wuduk ada enam perkara.1) Niat (sunat atau wajib)2)
Membasuh muka. Kawasan muka - panjangnya ialah daripada tempat tumbuh
anak rambut hingga ke bawah dagu dan lebarnya ialah daripada anak
cuping telinga kiri hingga anak cuping telinga kanan.3) Membasuh tangan hingga ke siku.4) Menyapu kepala, memadai menyapu sedikit kepala atau tepi, tetapi tidak memadai pada rambut panjang yang melebihi had kepala.5) Membasuh dua kaki hingga ke buku lali.6) Tertib. Tidak boleh didahulukan tangan daripada kepala atau kaki daripada tangan.Makruh Semasa Wuduk1) Berwuduk dalam keadaan tidak berpakaian2) Berwuduk dalam tandas3) Bercakap-cakap semasa mengambil wuduk4) Menggunakan air musyammas5) Menggunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk6) Memulakan membasuh anggota wuduk dengan anggota kiri7) Meninggalkan sunat wuduk seperti meninggalkan dari membaca Bismillah pada permulaan wuduk.Sunat WudukSunat-sunat wuduk ada 18 perkara:1) Membaca Bismillah di awal wuduk2) Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan sewaktu awal wuduk3) Menggosok gigi4) Berkumur-kumur dengan air5) Menyedut air ke dalam hidung menggunakan tangan kanan dan menghembuskannya ke tangan kiri6) Meratakan air ke dalam janggut (bagi lelaki yang berjanggut tebal)7) Menggosok-gosok air di celah-celah jari tangan dan kaki8) Menyapu seluruh rambut di atas kepala atau semua bahagian kepala9) Menyapu kedua cuping telinga luar dan dalamnya10) Mengulang-ulangi membasuh semua anggota wuduk tiga kali setiap anggota11) Memulakan dengan mendahulukan membasuh anggota kanan kemudian kiri12) Menggosok anggota dengan air menggunakan tangan13)
Berturut-turut teratur mengikut giliran pada membasuh segala anggota
(mualat) yakni dahulukan yang dahulu serta kemudiankan yang kemudian14) Membasuh tangan lebih daripada had siku ke atas sedikit dan lebihkan daripada paras buku lali15) Menjimatkan penggunaan air ketika berwuduk16) Menghadap ke kiblat ketika berwuduk
17) Membaca doa wuduk sebaik sahaja selesai berwuduk18) Solat sunat dua rakaat setelah selesai wuduk.
Diterbitkan pada: Januari 12, 2008
0
0
0

Hukum berwuduk menurut mazhab Shafie dan Hambali

Difailkan di bawah: Uncategorized — jalanakhirat @ 11:21 am 
 
Hukum berwuduk

Hukum berwuduk adalah:
1. Wajib
* Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
1. Sunat
* Ketika hendak mandi wajib
* Hendak membaca al Quran, hadis dan buku
* Ketika hendak tidur
* Ketika marah

Fardu Wuduk

Cara berwuduk di dalam Islam berbeza sedikit mengikut mazhab:
Menurut Mazhab Syafie Fardu/Rukun wuduk ada enam:
1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
4. Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
6. Tertib

Menurut Mazhab Hambali Fardu/Rukun wuduk ada tujuh:

1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh dua tangan hingga ke siku
4. Menyapu semua kepala
5. Membasuh dua kaki
6. Tertib
7. Berturut-turut

Batal Wuduk Menurut Mazhab Syafie

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:
1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
2. Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
3. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
4. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.
5. Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.
6. Murtad

Menurut Mazhab Hambali

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:
1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
2. Menyentuh perempuan yang halal dinikahi (bukan mahram) dengan syahwat
3. Menyentuh kemaluan manusia tanpa berlapik
4. Tidur, kecuali tidur ringan samada berdiri atau duduk
5. Makan daging unta
6. Murtad
7. Memandikan mayat
8. Keluar apa jua najis dari tubuh badan

Kesempurnaan Wuduk

Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:
* Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
* Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
* Tidak berkata-kata
* Menghadap kiblat
* Berniat
* Membaca basmalah
* Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
* Berkumur
* Menggosok gigi (bersiwak)
* Membersihkan hidung
* Membasuh muka
* Membasuh tangan hingga ke siku
* Mengusap sebagian kepala
* Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
* Membasuh kaki hingga ke buku lali
* Membaca doa sesudah berwuduk
* Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka’at.
* Tertib (berurutan)

Perkara-perkara Sunat Ketika Berwuduk

Menghadap ke arah Kiblat.
* Membaca “Auuzubillah himinasyaitonirrajim” dan “Bismillah hirrahman nirrahim”.
* Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu’.
* Berkumur atau bersugi.
* Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
* Menyapu air ke kepala.
* Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
* Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
* Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
* Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
* Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
* Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu’.
* Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu’ dengan kain atau sebagainya.
* Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
* Berjimat ketika menggunakan air.
* Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu’.
* Membaca Doa Selepas wudhu’setelah selesai berwudhu’.

Fadhilah(Faedah yang diperolehi)dari Wuduk

Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah.Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali.Misalnya:
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya.” (Hadis Riwayat Muslim(361))
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj ‘alni minat tawwaabin, waj’alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))
0
HIKMAH BERWUDUK DARI SUDUT SAINS!



Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya.


Mengapakah wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk?


Mari kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan kesihatan.


Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.


Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya."


Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya).


Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.


Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.
Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA....
0

BERWUDUK MENYUCIKAN DIRI








bab Wuduk














SYARAT-SYARAT SAH WUDUK

1) Islam :
hendaklah orang yang mengambil wuduk itu orang Islam bukan orang kafir.
2) Mumaiyyiz :
iaitu mereka membezakan diantara bersih dan kotor serta yang baik dan yang buruk.
3) Suci daripada Haid dan Nifas :
Orang perempuan yang hendak mengambil wuduk hendaklah suci daripada Haid dan nifas.
4) Tiada sesuatu yang boleh mengubah air wuduk :
jangan ada sesuatu di atas anggota wuduk yang boleh mengubah air wuduk seperti Gincu, Bedak dan sebagainya.
5) Tiada sesuatu yang menghalang air daripada terkena anggota wuduk :
jangan ada sesuatu yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk contohnya sesuatu yang tertampal spt handplast,lilin, kapur, getah, cat, minyak dan sebagainya.
6) Mengetahui akan fardu wuduk yang Enam:
seseorang itu mestilah mengetahui fardu-fardu wuduk agar dapat melakukan wuduk dengan sempurna.
7) Air Mutlak :
Air yang digunakan untuk mengambil wuduk hendaklah air mutlak bukan air Musta'mal atau Muntanajis.
8) meratakan air pada anggota wuduk dengan cukup teratur dan sempurna :
Air mestilah sampai kepada anggota wuduk kerana jika tidak sampai, maka wuduk tidak akan sah.
9) Masuk waktu bagi orang yang uzur ( Da'im Al-Hadas ):
Orang yang uzur seperti perempuan beristihadah hendaklah memastikan berwuduk setelah masuk waktu solat.
berwuduk dapat membersihkan hati